I'm having a time constraint today in the sense that I'm spending some time to do a write-up on this recent event. I'm going to have this article uploaded on the portal and also get it published in the bulletin @ magazine @ newspaper @ newsletter. Wow! How nice it is to kill a few birds with one stone.
Here is the article mentioned. (In Malay. Ok, I get it but what to do?)
ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2009 MERIAH
Tetap meriah! Begitulah suasana sepanjang penganugerahan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2009 yang disambut secara sederhana dalam merealisasikan langkah perbelanjaan berhemah.
Anugerah bagi keempat-empat kategori Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, YB Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dalam Majlis Hari Kualiti KPM 2009 yang diadakan pada 30 Disember 2009 di Auditorium Parcel E, Kompleks Pentadbiran Persekutuan Putrajaya.
12 daripada 56 Pusat Sumber Sekolah yang dinilai, merangkumi kategori sekolah rendah bandar, sekolah rendah luar bandar, sekolah menengah bandar dan sekolah menengah luar bandar, telah dinobatkan sebagai pemenang. Para pemenang menerima trofi, sijil dan hadiah iringan.
Dalam ucapan beliau, YB Datuk Mohd. Puad menegaskan bahawa sambutan Hari Kualiti KPM merupakan pengiktirafan bagi semua usaha peningkatan kualiti dalam pelaksanaan tugas seharian di samping memperkukuhkan nilai-nilai budaya kualiti dalam organisasi serta memperbaharui komitmen dan dedikasi untuk terus bekerja secara kreatif dan inovatif. “Kementerian Pelajaran menggalas tanggungjawab yang besar dan penting dalam memastikan system pendidikan negara adalah terbaik dan berupaya membentuk modal insan dengan dengan minda kelas pertama,” jelas beliau lagi.
SMK Convent Alor Star, Kedah yang menjuarai kategori sekolah menengah bandar turut muncul sebagai pemenang Anugerah Kualiti Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Piala pusingan Anugerah KPPM telah disampaikan sendiri oleh Y. Bhg. Tan Sri Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Dom. Pengetuanya sejak 2007, Puan Zaini Kamarudin melahirkan rasa bangga atas komitmen tinggi semua warga sekolah dalam memastikan kejayaan menjadi milik sekolah ini. “Kejayaan ini amat bermakna sekali buat kami semua apatah lagi setelah menerima Anugerah Sekolah Cemerlang pada Ogos lalu,” ujar beliau dalam nada gembira.
Bahagian Teknologi Pendidikan selaku urus setia pelaksanaan penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan sepanjang Jun hingga September turut menyerikan majlis yang ringkas tapi padat itu dengan persembahan koir.
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang Anugerah. Senarai terperinci pemenang bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment